Memandu 60 km/j Di Lorong Tengah
Empat Kelajuan (sahaja)

Masuk Kerja

5:12 PM
Setelah sebulan aku tak masuk pejabat, tadi aku masuk.

Adik bos tanya mana aku hilang. Muka macam nak kena tendang.

Aku jawab,

"Naik haji..."
Read On 8 komen

Amanah Saham 1 Malaysia

9:50 AM
Amanah Saham 1 Malaysia? Macam gampang nama.
Read On 5 komen

Kembali

3:06 AM
Siang tadi aku SMS bos aku.

'Aku ada e-mel kau Kelisa dengan Bicara Teknikal. Esok aku masuk office bawa artikel Bengkel Kereta.'

Hampir sepuluh minit, bos aku balas.

'X pyh dtg trus. Mag dah siap. Dah ada bdk lain nk keja...'

Aku balas kembali.

'Ok.'
Read On 3 komen

Jimat Hendrik dan Syed Badiozaman

1:30 AM
Pada satu petang di mana pada tahun Jimat Hendrik masih bersekolah rendah dan bersuara halus, dia bertandang ke rumah Syed Badiozaman sambil bersiul-siul lagu kegemarannya, Roti Perata. Hajatnya nak mengajak Syed Badiozaman pergi mencari bekalan biji getah. Dia dah hilang sabar melihat Ramli budak sedarjahnya berlagak dengan biji getah ‘gurkha bertulang double’ di sekolah. Banyak biji getahnya yang sebelum ini juara tumpas apabila berlaga dengan biji getah Ramli. Tambah terkilan, biji getah ‘harimau kumbang’ yang menjadi kesayangannya turut terkorban di tangan Ramli.

“Syed Badiozaman..!! Oooo Syed Badiozaman..!!” pekik Jimat Hendrik dari halaman rumah Syed Badiozaman. Bunyi radio dari dalam rumah Syed Badiozaman kuat betul. Jimat Hendrik berteriak lagi cuba mengalahkan bunyi radio.

“Syed Badiozaman..!! Oooooo Syed Badiozaman..!!” keras sikit daripada tadi teriakannya.

Syed Badiozaman yang sejak balik sekolah asyik mendengar radio sampai tak makan nasi tersedar lalu berlari membuka pintu. Dilihatnya Jimat dah berdiri tegak di halaman rumahnya dengan wajah memasam.

“Apahalnya Jimat? Panas-panas pakai baju melayu nak pergi mana ni Jimat?” tanya Syed Badiozaman sambil berlari-lari anak menuruni tangga kayu rumahnya. Tubuh kurus keringnya tidak berbaju. Macam rangka. Itu akibatnya kalau makan nasi pun nak bersuruh.

“Aku baru balik mengajilah. Di sekolah tadi kau kata nak ikut aku pergi kebun getah Singh. Apa pasal kau macam tak bersiap sedikit pun?” balas Jimat berkerut dahi. Sambil itu sempat lagi dia menyergah ibu ayam yang sedang mencari makan bersama anak-anaknya. Bagai diserang helang. Bertempiaran lari ayam-ayam itu menyelamatkan diri.

“Eh lupa pula aku. Kau naik dululah ke rumah. Aku tengah dengar radio ni. Abang aku punya kaset. Cuba kau masuk dengar. Sedap betul lagunya.” Syed Badiozaman menarik tangan Jimat Hendrik mengajak masuk ke dalam rumahnya. Jimat Hendrik menurut saja langkah Syed Badiozaman. Tekaknya ada hati juga nak merasa sirap rumah Syed Badiozaman.

Syed Badiozaman dan Jimat Hendrik melangkah masuk ke dalam bilik abang Syed Badiozaman. Lintang-pukang keadaan di dalam bilik itu. Kain baju bersepah, majalah hiburan merata-rata, bekas berisi sisa mee segera dan milo yang dibancuh dua hari lepas pun ada lagi terbiar di atas meja tulis. Entah bila nak dibawa ke dapur. Lagu rancak keras pula berkumandang kuat di corong radio. Di sebelah radio ada satu buku berkulit tebal yang tertulis bait bait ayat seperti lirik lagu dengan tampalan gambar kumpulan-kumpulan pemuda rambut menggerbang dan berpakaian aneh. Jimat Hendrik yang bersila di atas katil abang Syed Badiozaman naik hairan. Risau pun ada.

“Lagu apa kau dengar ni Syed Badiozaman?” tanya Jimat Hendrik berdebar. Syed Badiozaman terhangguk-hangguk kepalanya tak tentu hala. Kalaulah di hadapan orang tua kelakuannya itu, mungkin mudah dia mendapat pengajaran. Nasib baik hanya Jimat bersamanya.

“Hah inilah lagu rock, Jimat. Ini memang lagu kegemaran aku sejak semalam. Kau tengok kaset ni, Kumpulan Search.” jawab Syed Badiozaman yang masih tak henti-henti hanggukan kepalanya mengikut irama lagu.

Jimat Hendrik merenung kaset di tangannya. Kertas panjang berlipat-lipat di dalam kotak kaset itu diamatinya. Serta-merta timbul perasaan ingin tahu yang mendalam di hatinya.

“Macam mana Jimat? Kau suka tak lagu ni? Kalau kau tak suka, memang kau tak layak jadi pengakap nanti..”

Jimat Hendrik diam. Mengiyakan tidak, berkata tidak pun tidak.

“Aku nak pinjam kaset ni boleh..?” serius pertanyaan Jimat Hendrik.

“Kau ada radio pemain kaset ke..?” tanya Syed Badiozaman pula.

“Eh rumah kau ada sirap tak?” Lagi sekali Jimat Hendrik bertanya serius.

* * * * * *

Sejak meminjam kaset Search dari Syed Badiozaman, Jimat Hendrik makin lain jadinya. Lagu-lagu yang sentiasa bermain di bibirnya sentiasa tinggi nada vokalnya. Juga keras bunyinya. Makcik Normala S pun naik hairan. Dah lama dia tidak dengar Jimat Hendrik menyanyi lagu-lagu seperti ‘Roti Perata’, ‘Bapaku Pulang Dari Kota’ dan ‘Aku Burung Tiung’ di rumah. Ada juga Makcik Normala S syak Jimat Henrik bercinta dengan rakan sedarjah. Tapi apa jadah Jimat Hendrik yang baru darjah satu itu sudah pandai main cinta? Tuang air dalam gelas pun tumpah, ada hati nak bercinta.

Yang paling Makcik Normala S pening memikirkan, Jimat Hendrik sudah pandai balik rumah bawa gitar tong. Ini sudah benar-benar serius! Baru 4 hari kenal rock dah beli gitar.

“Gitar siapa kamu bawa balik ni Jimat?”

“Gitar Jimat ni mak. Baru beli. Ini hobi Jimat yang terbaru mak..” jawab Jimat dengan satu dua petikan gitar penuh syahdu. Matanya dipejamkan sedikit penuh perasaan.

“Siapa kasi duit beli gitar?” tanya Makcik Normala S ingin tahu. Lemah-lembut pertanyaannya.

“Pakai duit tabung betik Jimat..” lagi sekali Jimat jawab dengan iringan muzik akustik. Potensi yang cerah untuk mendapat penampar kalau jawab begitu dengan abahnya, Pakcik Amram.

Lesap RM50 duit tabung betik Jimat Hendrik. Kalau mengikut perancangan asalnya, duit tabung itu dikumpulnya untuk buat tambang melancong ke Disneyland. Tapi sejak kenal rock, terus hilang selera Mickey Mouse Jimat. Dia sudah ada misi lain sekarang.

Bosan memetik gitar, Jimat Hendrik mendapat satu ilham. Dia teringat kaset Wings yang baru dibelinya. Orang kata sedap. Kebetulan hari ini abahnya tiada di rumah. Kata Makcik Normala S, Pakcik Amram pergi berkursus di Pulau Tioman. 3 hari lagi baru balik. Hairan juga Jimat Hendrik. Apa kena mengena JKR Lipis dengan Pulau Tioman?

“Mana kunci kereta abah, mak?”
Read On 6 komen

Surat Khabar

7:45 PM
Dengan surat khabar di ketiak, aku berjalan kaki dari kedai mamak ke rumah. Tiba-tiba aku teringat surat khabar yang kubeli dua minggu lepas belum habis dibaca.
Read On 6 komen

Memandu Ke Kenduri Kahwin

8:08 AM
Born nyala rokok di sebelah gua yang sedang memandu. Dalam usia 24 tahun, Born baru beberapa minggu memulakan gaya hidup merokok.

"Born ni skang ni kemain laa sejak duduk Kolumpo ni, Mael. Bergelumang dengan seks, dadah, rokok, rock & roll..." kata gua kepada Mael yang duduk di seat belakang.

"Ah mana ada. Aku 'cigarettes and alcohol' je..." tepis Born.

"Ah taik aok. Tengok keh ni. Maintain 'coffee and cigarettes' je..." lawan gua.

Mael hulur kepala dari belakang.

"Aku 'coffee and TV' je..." terjah Mael.

Mael tak hisap rokok.
Read On 5 komen

Selera

3:08 PM
"Antara naik keretapi dengan naik kapal terbang, aku lagi suka naik keretapi..."

"Aku pula, antara naik keretapi dengan naik kapal terbang aku lagi suka naik syahwat..."
Read On 4 komen

Temuramah

4:07 PM

JarvisKoker : Apa pandangan anda tentang 'Kacip', buku anda sendiri?

Pipiyapong : 'Kacip' adalah sebuah buku yang patut dibeli. Baca tak baca belakang kira...
Read On 9 komen

Kelabu Mata Lalu Malu

5:04 PM
Jaafar Zain murung. Hari-harinya tidak seceria dulu. Hubungannya dengan Godlove telah putus sama sekali.

Sewaktu mula-mula dia bertemu Godlove kira-kira 2-3 minggu lalu yang kononnya satu takdir yang besar, macam-macam mukjizat Jaafar Zain dapat. Seolah-olah satu anugerah yang unik. Diturunkan dengan kilat sabung-menyabung dan awan gelap berarak menutup sinaran siang. Setiap hari dia ceritakan kuasa luar biasanya pada aku. Kalau bukan pada aku, pada Ronaldo.

Dulu dia kata, dengan memejam mata dia mampu ke Segamat. Melihat terusan dan batu permata.

Dulu dia kata dia dan Godlove perlu bersama. Godlove tak boleh tanpa dia, dan dia tak boleh tanpa Godlove.

Dulu dia kata, dia boleh meramal masa depan. Boleh mendengar percakapan orang pada jarak jauh. Boleh mengimbas otak orang. Boleh berbual secara telepati.

Aku sangsi. Aku pernah sekali bertanya.

"Bagaimana tahap percaya kau kepada Godlove?"

Dia jawab "100 peratus...". "Dan sepenuhnya.." sambung dia lagi. Dengan 'hiba'.

Bersama Godlove, pelbagai rancangan dirancang. Semuanya untuk menolong orang melayu kononnya. Hendak memberi melayu peluang. Hendak memberi melayu satu dimensi baru. Dalam hati aku, "Kepala butoh..!!"

Pernah sekali dia berkata kepadaku.

"Aku nampak Najib tak lama di atas. Sekejap sahaja lagi dia akan jatuh. Dan aku tahu penggantinya."

"Siapa?" tanya aku.

"Godlove..." jawab Jaafar Zain tulus.

Aku cukup matang. Jadi tidak elok melepaskan satu tendangan ke dadanya.

Bukan sekali. Setiap hari aku menyindirnya. Tetapi kepercayaannya kukuh. Ke hulu ke hilir dia mengikut Godlove yang kononnya genius. Genius akibat hentakkan kali kedua di kepala. Mereka berjumpa orang. Dalam pengaruh dadah mereka bercerita tentang 'bisnes'. Idea 'Bisnes' yang tak masuk akal. Berdegar-degar di mulut tanpa ada sesuatu di hadapan mata. Ada pula yang percaya. Sama bodoh.

***

Hari ini aku bertanya kepadanya.

"Mana Godlove? Tak follow dia dah?"

Jaafar Zain diam. Langsung tidak memandang aku. Dia hanya memandang tepat ke kaca TV. Matanya berkilat. Wajahnya kelat.

Baru kelmarin Jaafar Zain tahu selama ini dia mengikut orang gila! Godlove disahkan kurang siuman dari mulut bapanya sendiri yang masih risau memikirkan masalah anaknya.

Aku tak tahu berapa malu Jaafar Zain sekarang.

Aku cuma boleh ketawa. Keh keh keh keh keh keh....


Aku suruh Ronaldo tunjal kepala Jaafar Zain. Ronaldo was-was. Takut sampai ke Segamat katanya.
Read On 6 komen

Realiti

4:06 PM
"Baharom, kau memang bagus menulis. Idea kau pun boleh tahan bernas. Perjuangan kau pun aku nampak besar. Prinsip kau sentiasa utuh kau pegang. Pendek kata kau memang cemerlang dengan punk kau. Aku hormati etika kau. Macam-macam isu sejagat yang kau suarakan. Nampaknya kau mengambil berat hal-hal yang berlaku di sekeliling kau.
Tapi aku tengok kehidupan kau kat rumah ni dah naik menyampah dan meluat. Umur dah tua. Takde duit pun minta kat mak lagi. Kerja malas. Bangun tidur lambat lepas tu menyusahkan aku. Ada duit sikit, habiskan pergi bagi kaya tauke kedai kuda. Baju seluar pinjam dengan aku. Basuh pula malas. Makan pun aku juga nak kena tanggung. Apa semua ni Baharom? Sampai bila kau nak jadi macam ni Baharom woi? Atas kertas mencanak-canak, realiti macam cibai! Diri sendiri tak terjaga, nak cakap hal itu, hal ini. Ah sudah laaa..!!"

Joe Rok termenung sendirian di kamar sambil terlentang di atas katil springnya.

"Nak cakap ke tak? Kang aku cakap, dia kecil hati. Kawan punya la lama...Ish nak cakap ke? Ke tak?" perasaan Joe Rok berkecamuk.


Petikan dari Hilang Punca, April 2002 tulisan Firdaus Abdillah.
Read On 9 komen

Followers